Circular No 9

Posted: Thursday, October 22, 2009 | Posted by Zulnapi | Labels: , , , ,

  IMG-11

Persatuan Melayu Sarawak telah melopori beberapa demonstrasi dan perarakan secara awam di Kuching menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Gerakan Anti-Cession semakin hebat dengan penglibatan kakitangan kerajaan yang sama-sama meniup semangat anti-penyerahan.

Pada 20 Disember 1946 kerajaan mengeluarkan pekeliling rasmi dikenali sebagai “circular No. 9” melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam sebarang kegiatan yang menentang penyerahan (cession).

Persatuan Melayu Sarawak menjadi badan penggerakan Anti-Cession khasnya di Kuching; sambutan oleh masyarakat Melayu adalah hebat sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan kata putus kepada kumpulan terdiri dari kakitangan Sarawak agar berhenti dalam gerakan Anti-Cession.

Kemuncak penentangan Anti-Cession ialah perletakan jawatan seramai 338 kakitangan kerajaan pada 2 April 1947. Suatu perhimpunan secara besar-besaran telah diadakan di kawasan rumah penaung PMS, Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah yang dihadiri oleh semua kakitangan kerajaan yang telah meletak jawatan. Perhimpunan tersebut telah dipelopori oleh Persatuan Melayu Sarawak. Kakitangan kerajaan yang telah meletak jawatan terdiri dari 22 Jabatan Kerajaan, golongan guru seramai 76 orang adalah kumpulan yang terbesar.

Pergerakan Anti-Cession yang telah berjuang melalui berbagai cara selama 6 tahun telah berhenti dalam tahun 1951. Sarawak terus kekal sebagai sebuah koloni British sehingga tahun 1963.