Circular No 9

Posted: Thursday, October 22, 2009 | Posted by Zulnapi | Labels: , , , ,

  IMG-11

Persatuan Melayu Sarawak telah melopori beberapa demonstrasi dan perarakan secara awam di Kuching menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Gerakan Anti-Cession semakin hebat dengan penglibatan kakitangan kerajaan yang sama-sama meniup semangat anti-penyerahan.

Pada 20 Disember 1946 kerajaan mengeluarkan pekeliling rasmi dikenali sebagai “circular No. 9” melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam sebarang kegiatan yang menentang penyerahan (cession).

Persatuan Melayu Sarawak menjadi badan penggerakan Anti-Cession khasnya di Kuching; sambutan oleh masyarakat Melayu adalah hebat sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan kata putus kepada kumpulan terdiri dari kakitangan Sarawak agar berhenti dalam gerakan Anti-Cession.

Kemuncak penentangan Anti-Cession ialah perletakan jawatan seramai 338 kakitangan kerajaan pada 2 April 1947. Suatu perhimpunan secara besar-besaran telah diadakan di kawasan rumah penaung PMS, Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah yang dihadiri oleh semua kakitangan kerajaan yang telah meletak jawatan. Perhimpunan tersebut telah dipelopori oleh Persatuan Melayu Sarawak. Kakitangan kerajaan yang telah meletak jawatan terdiri dari 22 Jabatan Kerajaan, golongan guru seramai 76 orang adalah kumpulan yang terbesar.

Pergerakan Anti-Cession yang telah berjuang melalui berbagai cara selama 6 tahun telah berhenti dalam tahun 1951. Sarawak terus kekal sebagai sebuah koloni British sehingga tahun 1963.

Read more »

Pergerakan Anti-Cession

Posted: Wednesday, October 21, 2009 | Posted by Zulnapi | Labels: , , , ,

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945, Sarawak telah diserah kepada Kerajaan British pada 1 Julai 1946. Penentangan kuat oleh mesyarakat Melayu terhadap ‘cession’ adalah kepercayaan mereka bahawa Sarawak semestinya dikembalikan kepada keluarga Brooke.

Diseluruh kawasan Asia Tenggara seperti di Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina pergerakan nasionalisme setempat untuk mencapai kemerdekaan dari kuasa penjajah telah mempengaruhi Persatuan Melayu Sarawak untuk mengambil pendirian yang sama.

cession

Sarawak telah di bawah pemerintahan keluarga Brooke selama 100 tahun. Dengan penyerahan (cession), Sarawak dijadikan sebuah koloni di bawah pemerintahan British dari London. Persatuan Melayu Sarawak merupakan pertubuhan yang begitu lantang menentang penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan British.

Read more »

Sejarah PKMS

Posted: Sunday, October 18, 2009 | Posted by Zulnapi | Labels: , , ,

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939)

sejrh1

                

Latarbelakang Sejarah Penubuhan Persatuan Melayu Sarawak

 

Kesedaran perlunya perpaduan di kalangan masyarakat Melayu amat jelas di kalangan orang terpelajar khususnya di Kuching. Pergerakan nasionalisme di rantau kepulauan Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura adalah pendorong kuat ke arah perpaduan orang Melayu di Sarawak.

Akbar Fajar Sarawak yang diterbitkan pada Februari 1930 oleh En.Mohd.Rakawi Yusuf banyak membantu bagi mengembangkan syiar Islam. Pelajaran dan politik selain menekankan ke arah usaha memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu diberi liputan meluas.

Sebuah pertubuhan Melayu di Singapura Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) yang ditubuh dalam tahun 1926, sebuah pertubuhan Melayu yang pertama bersifat separa-politik telah dijadikan modal ke arah menyatupadukan orang Melayu di Sarawak.

Dengan kesedaran yang kuat serta semangat berkobar-kobar, En. Mohd Rakawi bin Yusuf serta dua orang lagi kawan karib beliau, Tuan Hj. Abdul Rahman bin Hj. Kassim dan En. Johari bin Anang serta disokong golongan terpelajar Melayu lain di Kuching telah menggerakkan penubuhan sebuah pertubuhan Melayu di Kuching.

Pada 10 Oktober 1939 dengan rasminya penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PMS ). Para pengasas utama Persatuan Melayu Sarawak adalah beberapa orang anak Melayu terpelajar.

Seorang pejuang Melayu yang dihormati di Sarawak, Datuk Patinggi Hj. Abdillah bin Datuk Bandar Kassim telah dilantik sebagai penaung dan Yang DiPertua pertama PMS disandang oleh Datu Amar Abang Sulaiman bin Abang Taha Shahdan. Dua orang pengasas kuat PMS, Tuan Hj. Abdul Rahim Hj. Kassim dilantik sebagai salah seorang Naib Yang DiPertua dan En. Johari bin Anang sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Pemilihan mereka ini telah dilakukan dalam mesyuarat Agung Pertama PMS pada 13 Januari 1940 bertempat di Kuching kediaman Datuk Patinggi Hj. Abdillah. Kira-kira 700 ahli yang hadir.

 

Read more »