Pergerakan Anti-Cession

Posted: Wednesday, October 21, 2009 | Posted by Zulnapi | Labels: , , , ,

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dalam tahun 1945, Sarawak telah diserah kepada Kerajaan British pada 1 Julai 1946. Penentangan kuat oleh mesyarakat Melayu terhadap ‘cession’ adalah kepercayaan mereka bahawa Sarawak semestinya dikembalikan kepada keluarga Brooke.

Diseluruh kawasan Asia Tenggara seperti di Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina pergerakan nasionalisme setempat untuk mencapai kemerdekaan dari kuasa penjajah telah mempengaruhi Persatuan Melayu Sarawak untuk mengambil pendirian yang sama.

cession

Sarawak telah di bawah pemerintahan keluarga Brooke selama 100 tahun. Dengan penyerahan (cession), Sarawak dijadikan sebuah koloni di bawah pemerintahan British dari London. Persatuan Melayu Sarawak merupakan pertubuhan yang begitu lantang menentang penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan British.